Bangkit Dengan
Istighfar
Program percuma 7 Day Challenge — panduan lengkap untuk membersihkan hati, bangkit daripada lalai, dan memulakan Muharram baru bersama istighfar yang bermakna.
Pengenalan
Mengapa Istighfar?
Program Bangkit Dengan Istighfar (BDI) ini lahir daripada kesedaran bahawa kita memerlukan satu titik permulaan yang tulen — bukan sekadar cuti, bukan sekadar nama baru di kalendar. Awal Muharram adalah peluang keemasan untuk kita membersihkan hati dan membina hidup baru.
Istighfar bukan sekadar kalimah di mulut. Ia adalah perjalanan hati dan tindakan. Apabila kita mengucap "Astagfirullahal Azim", kita bukan sahaja memohon keampunan — kita sedang membuka jalan kepada rahmat Allah yang menyeluruh.
Inilah doa yang menjadi asas program kita. Nabi Adam a.s. mengajar kita cara yang paling mulia untuk kembali kepada Allah — dengan kerendahan hati, pengakuan kelemahan, dan keyakinan kepada rahmat-Nya.
Pelajaran Utama
3 Rahsia Nabi Adam
Surah Al-Baqarah ayat 30–37 menceritakan tentang penciptaan dan kejatuhan Nabi Adam a.s. Kisah ini diulang dalam Al-Quran di pelbagai surah sebagai peringatan kepada kita tentang musuh utama kita — Syaitan — dan potensi tersembunyi yang kita miliki.
Ingatan penting: Musuh utama kita bukanlah pasangan, rakan, atau saudara mara. Musuh utama adalah Syaitan. Nabi Yusuf a.s. mengingatkan kita dalam Surah Yusuf bahawa syaitan lah yang menggoda dan menghasut permusuhan antara manusia. — Surah Yusuf: 5, إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hari 1 — Bangkit Dari Lalai
Memahami Ghaflah (Lalai)
Ghaflah dalam bahasa Arab bermaksud lalai. Ia berbeza dengan lupa (nisyan). Orang yang lupa tidak ingat — dia perlu diingatkan. Orang yang lalai pula mungkin tahu, tetapi dia buat tidak endah dan tidak menempatkannya sebagai keutamaan.
Allah menggunakan perumpamaan binatang ternak (al-an'am) untuk menggambarkan manusia yang lalai. Lembu yang makan, tidur, makan, tidur — tidak sedar walaupun harimau sudah datang menghampiri. Begitulah manusia yang:
Lalai itu bukan tidak tahu — ia fokus kepada perkara yang salah. Obatnya adalah Tafaqquh Fiddin (mendalami ilmu agama) yang akan menggerakkan hati kita (tazakur), dan istighfar yang menghidupkan semula jiwa.
Tadabur & Tazakur
Istighfar & Al-Quran
Mengapa ada orang yang membaca Al-Quran, bersolat tarawih, tetapi sikapnya masih buruk? Jawapannya ada dalam Surah Al-Kahfi, ayat 55 — tanpa iman dan istighfar, hidayah Al-Quran tidak meresap ke dalam hati.
Surah Sad ayat 29 membezakan antara tadabur (menghayati — boleh dilakukan ramai orang) dan tazakur (mendapat peringatan dan melaksanakan — hanya untuk Ulul Albab, mereka yang bersihkan hati). Cara untuk menjadi Ulul Albab? Dengan istighfar yang berterusan.
Dua perkara yang perlu kita lakukan apabila berinteraksi dengan ayat Allah:
Formula Istighfar
Konsep L.H.T
Istighfar yang bermakna bukan sekadar di mulut. Ia perlu melibatkan tiga dimensi dalam diri kita — formula yang disebut sebagai LHT:
Contoh praktikal: Selepas memberi salam dalam solat, kita istighfar 3 kali. Itu kerana kemungkinan ada kelemahan dan kekurangan semasa solat. Nabi s.a.w. sendiri beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari — sasaran kita dalam 7 Day Challenge ini.
Perjalanan 7 Hari
Silibus 7 Day Challenge
Setiap hari akan ada satu konten ringkas yang dihantar dalam kumpulan WhatsApp. Ada hari yang ada sesi live, ada yang hanya konten. Ikut mengikut kemampuan, tidak perlu hadir setiap saat — yang penting jalani proses ini dengan hati yang terbuka.
Ghaflah (lalai) adalah penyakit hati yang paling berbahaya — seseorang mungkin tahu tetapi buat tidak endah. Allah menggambarkan orang yang lalai seperti binatang ternak (al-an'am) yang tidak sedar bahaya hingga sudah terlambat. Hari ini kita kenalpasti satu perkara yang perlu dibersihkan dalam diri kita sebagai titik permulaan perjalanan istighfar.
Istighfar yang bermakna bermula dari lisan yang sedar. Hari ini kita komited untuk melaksanakan 100 kali istighfar sehari — mengikuti sunnah Nabi s.a.w. Caranya: 20 kali istighfar selepas setiap solat (5 waktu × 20 = 100). Lisan yang sentiasa basah dengan istighfar akan menguatkan hati dan menjauhkan syaitan.
Muhasabah adalah proses menghitung diri sendiri sebelum dihitung oleh Allah. Hari ini kita kenalpasti satu tabiat buruk yang paling kerap dilakukan — yang selama ini kita abaikan. Dengan muhasabah yang jujur, hati menjadi lebih peka dan istighfar menjadi lebih bermakna. Tadabur Al-Quran membantu kita melihat diri dengan lebih jelas.
Ramai yang berasa berdosa terlampau banyak hingga rasa tidak layak untuk bertaubat. Tetapi Allah menegaskan: jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat-Nya. Surah An-Nisa' ayat 110 menjadi penawar jiwa yang terluka dan berputus asa — Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Renungi ayat ini dengan hati yang terbuka hari ini.
Bertanggungjawab bermaksud mengakui kesalahan tanpa alasan. Ini adalah antara sifat orang beriman yang paling mulia — berani mengakui silap kepada Allah dan juga kepada manusia. Seperti Nabi Adam a.s. yang mengaku: "Kami telah menzalimi diri kami sendiri" — tiada alasan, tiada salahkan orang lain. Hari ini kita akui 1 kesalahan yang selama ini kita elak atau alaskan.
Istighfar yang benar mesti disertai tindakan — inilah konsep LHT (Lisan, Hati, Tubuh Badan). Taubat tanpa perubahan tindakan adalah taubat yang tidak sempurna. Hari ini kita pilih 1 tindakan pembaikan yang boleh dilakukan dalam masa 24 jam — bayar hutang, minta maaf, tinggalkan satu kebiasaan buruk, atau lakukan satu kebaikan yang lama tertangguh.
Hari terakhir 7 Day Challenge — tetapi ini bukan pengakhiran, ini adalah permulaan perjalanan sebenar. Kita tulis pelan 30 hari istighfar untuk meneruskan momentum yang telah dibina. Hamba baru bermaksud kita meletakkan istighfar sebagai teras dalam setiap peranan — sebagai anak, suami/isteri, ibu/ayah, pemimpin, dan hamba Allah yang sentiasa kembali kepada-Nya.
Keindahan Istighfar
Istighfar untuk Orang Lain
Istighfar bukan hanya untuk diri sendiri. Ia adalah ibadah yang disyariatkan untuk kita doakan juga kepada orang lain. Apabila kita mendoakan keampunan untuk orang lain, manfaatnya akan kembali kepada kita juga.
Orang yang lebih tinggi boleh beristighfar untuk yang lebih rendah, dan sebaliknya. Orang hidup boleh beristighfar untuk orang yang sudah meninggal.
Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa mendoakan keampunan untuk seluruh umatnya — termasuk kita yang hidup pada zaman ini.
Seorang lelaki diangkat darjatnya di syurga — penyebabnya adalah istighfar anaknya untuknya. Amal shalih kita boleh memberi manfaat kepada ibu bapa yang telah meninggal.
Sebutkan nama mereka dalam doa: "Ya Allah, ampunkanlah [nama]." Atau secara umum: "Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat, wal mu'minina wal mu'minat."
Dalam Surah Asy-Syura dan Surah Ghafir, malaikat bertasbih memuji Allah dan memohon ampun bagi penduduk bumi yang beriman — termasuk kita.
Bila kita mendoakan seluruh umat Islam, hati kita tidak akan sanggup bermusuh dengan sesama Muslim. Ini adalah penawar untuk dengki, sakit hati, dan permusuhan.
Keutamaan doa: Seorang isteri hendaklah mendoakan suami dahulu, kemudian ibu bapa. Anak yang soleh mendoakan ibu bapanya — ini disebutkan dalam hadis Nabi s.a.w. sebagai antara amalan yang pahalanya berterusan selepas kematian.
Amalan Harian
Kaunter Istighfar Harian
Sasaran kita: 100 kali istighfar sehari seperti amalan Nabi s.a.w. Gunakan kaunter di bawah untuk membantu kira istighfar anda hari ini. Data disimpan untuk sesi ini.
Sambung Perjalanan Anda
Sertai komuniti kami, tonton video dan hubungi admin untuk bermula